Ujian Kehidupan

“Laa tahzan innallaha ma’anaa, Jangan Bersedih sesungguhnya Allah bersama kita.” (QS. At-Taubah: 40)”






1-Kenapa aku diuji?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.(QS. Al-Ankabut : 2-3)

2-Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,” (QS. Al-Baqarah : 216)

3-Kenapa ujian seberat ini?

” ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” (QS. Al-Baqarah : 286)

4-Kenapa rasa kecewa?

” Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajat-derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman,” (QS. Al-Imran : 139)

5-Bagaimana harus aku menghadapinya?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuat kan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ), dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan).”
(QS. Al-Imran : 200)

6-Apa yang aku dapat daripada semua ini?

“Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka (QS. At-Taubah : 111)

7-Kepada siapa aku berharap?

“Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”(QS. At-Taubah : 129)

8-Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!

“...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.” (QS. Yusuf : 12) 

Leave a Reply

.M.D.

Daisypath Anniversary tickers